Halaman

Selasa, 23 November 2010

apa itu cinta?

Pengorbanan pasti akan terkait dengan cinta. Tidak semua orang sanggup berkorban demi cinta. Namun, jika cinta itu cinta yang sejati, sudah tentu pengorbanan yang dilakukan adalah seikhlas yang mungkin. Dalam melakukan pengorbanan, pasti hati akan terdetik, adakah ini calon yang sesuai buat aku? Jika bukan dia, siapa lagi? Bagaimana ingin mencari cinta yang sejati?

Bagiku terlalu sukar kerana pasti kita akan bertemu orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul-betul mencintai dan boleh menerima diri kita seadanya.

Dalam pada mencari cinta yang sejati, sudah tentu banyak hati yang terluka dengan sikap kita. Pastinya orang itu adalah orang-orang yang berada di sekeliling kita. Bukan kehendak kita untuk melukakan hati dan perasaan orang-orang itu, tapi sudah menjadi lumrah hidup, jika mahukan orang yang kita kasihi hidup bahagia, kita hendaklah berkorban.

Itulah tanda yang kita mempunyai perasaan sayang terhadap dia. Mampukah kita melakukan perkara yang sama jika kita mahukan orang kita kasihi merasa hidup bahagia? Jika tanya pada hati, mestilah jawapan tidak yang akan kita berikan, tapi sampai bila harus kita iri hati melihat si dia bahagia. Kebahagiaan dirinya merupakan kebahagiaan diri kita. Itulah yang dinamakan CINTA..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar